Monday 5 December 2011

semalam macam biasa pegi beli barang dapur kat tesco..perkara biasalah kalau pegi hari ahad..ramai pulak orang cacat yang parking kat tempat OKU tu walaupun takde sticker..mungkin otaknya yang cacat..tapi itu bukan perkara yang aku nak huraikan..dalam sibuk membeli belah tu, ada beberapa para isteri yang sibuk menelek2 barang ~ agaknya kalau barang tu boleh bercakap, mesti bengang dengan bau mulut para pembeli..haha...sebagai isteri bukan saja kualiti, harga barang, malah kalau boleh segala macam perkara nak diselidik sebelum barang dimasukkan ke dalam troli..aku tengok ada 2, 3 orang melayu yang beli tisu tandas tesco.harganya murah rm5 je.aku cakap kat husband, aku nak beli brand tesco.tapi dia cakap gelilah kalau orang datang rumah nampak.aku tak faham apa maksud dia.sedangkan rumah aku bukan ada pengunjung.dan yang penting bukannya untuk kegunaan di tandas.faham2 jelah kann..so, puratanya, ramai perempuan yang macam aku..kalau ada benda murah pakai je la..duit tu mungkin boleh dibuat beli barang lain..itu cuma tisu tandas yang digunakan untuk mengelap percikan minyak di dapur saje!

2 comments:

  1. hehe.. kelakar aku baca statement ko pasal parking oku tu.. tapi mmg betul kan, kalau bukan oku janganlah mengharap nak jadi oku.. jadi betul2 baru tau..

    ReplyDelete
  2. itula mentaliti masyarakat kita ni..skrg ni bkn mcm dulu, org oku pn blh naik kete mcm kite yg normal..

    ReplyDelete