Wednesday 20 November 2013

Cuti

Bila kata cuti sekolah, tak bermakna aku duduk goyang kaki kat rumah. Kerja rumah buat macam biasa. Ndak2 time hujung bulan macam ni. Banyak yang nak kena shopping. Perempuan dengan shopping memang tak boleh dipisahkan.

Dekat seminggu jugak Aisya konvo. Macam2 yang berlaku masa konvo tu. Alasan paling mudah ialah first time acara itu diadakan so, banyak kekurangan. Aku pun tak merakam sangat momen kat sana. Sebab Aisya hanya masuk 1 segmen iaitu coral speaking. Paling lawak dia dapat Anugerah Khas Kedatangan. Pada hal selalu je dia tak datang. Kata cikgu dia yang terbaik dari yang lain. *Cuba bayangkan*

Tapi program 3 jam dan dibuat petang adalah tak sesuai bagi aku. Sebenarnya boleh je kalau nak jimat masa tapi cikgu bagi alasan anak murid lambat bersiap, nak buat cammane kan..

Yang paling kelakar ada pulak segmen video selfie cikgu2 tu. Cikgu2 memang giler promote diri lah. Perasan lah sikit yang diri tu dah tak muda. Memalukan.

Nasib baik tahun depan Aisya dah masuk Tahun 1. *Dengar2 sambutan pelajar untuk tahun depan tak berapa mengencangkan. Emmm...faham2 lah cikgu, apa maknanya tu. Teguran tak nak diterima. Kita tengok siapa yang kena!

No comments:

Post a Comment