Tuesday 10 September 2013

Ikutkan aje..

Bila ada anak perempuan yang kian membesar(walaupun fizikal tidak), memang sebagai ibu bapa terpaksa ikutkan aje rentak mereka. Kalau anak sepuluh orang memang tak mampulah nak layan kerenah.

Semuanya bermula lepas dia bersekolah tadika. Ada saja benda yang dia mintak. Tapi apa2 pun aku bukan yang jenis manjakan anak tak bertempat. Kena jugak tengok keperluan.

Semalam dia nak bawak bekal. Tak pernah2 nak sarapan pagi sebelum ni. Macam biasa aku akan memikirkan satu2 perkara seolah2 benda tu besar. Dalam hati aku sebenarnya malas. Bila anak malas nak makan, aku memang takkan guna kaedah psikologi iaitu memujuk. Kalau rasa lapar, makan. Kalau tak, tak payah. Senang je.

Macam tadi pagi, terpaksalah aku masak nasi goreng dgn telur. Dia yang order. Jangan mintak aku masak nasi lemak esok pulak, sudah..

No comments:

Post a Comment