Tuesday, 21 August 2012

bukan selalu orang nak datang rumah aku masa raya. bila dah datang terpaksalah mengcover rumah dengan sekadar yang mampu diselang-selikan dengan bersin..nampak sangat jarang kemas rumah walaupun terperap dekat rumah. it's just me kan! dan2 tu jugak gas habis. kalau ya pun nak sabotaj aku yang tak pandai masak ni, agak2 je lah duhai gas!

perkara yang dielakkan semasa menjelang hari raya dan di hari raya ialah menonton cerita2 sadis dan mendengar lagu2 lencun yang stereotype..ironi kan?? bila time ramadhan/ cerita hari raya mesti keluar cerita yang klise. slot sampaikan mesti ada. dengan artis2 yang plastik. boring betul. aku lebih suka tengok movie atau paling tidak pun layan kartun je..sekurang2nya aku tak hipokrit tentang itu..ya, mood raya aku dah hilang..rindu dengan mak, abah n adik2!

No comments:

Post a Comment