mencabar betul nak jaga anak zaman sekarang..marah sikit, cubit sikit, merajuk lepas tu lari rumah..kenapa diaorang boleh terfikir nak lari dari rumah? ish! tak ke bodoh namanya? kalau lari boleh selesaikan masalah ke? aku tak faham dengan pemikiran budak2 macam ni..disebabkan aku ada adik perempuan, aku tak bolehlah nak riak sangat bercerita keburukan budak sekarang kan?? tambah pulak aku ada dua orang anak comel yang memang selalu memberontak..kenapa??? aku pun tak faham..i'm not in their shoes!
tapi secara jujurnya, umur di peringkat kanak2 dan remaja memang mengalami proses rebel..dulu, aku pun sama jugak..bila mak membebel, aku bengang..tapi aku jenis tak menjawab apalagi nak lari dari rumah..sebab? mak aku masak sedap..rugi kalau lari wooo! aku frust bila tak dapat keluar jumpa kawan2 yang kebanyakkannya mak diaorang sporting giler..
dan bila aku berada di tempat aku sekarang...errr...maksud aku, pada umur aku sekarang...aku pula over-protective..haaa! dah berjangkit dengan mak aku..bersalah atau tak? untuk perkembangan minda anak2 memang tak baik kalau menghalang anak2 berkawan tapi...err...aku dah cakap, yang aku masih tak mahu lepaskan diaorang...aku masih belum bersedia membiarkan mereka membesar...dan..melangkah meninggalkan aku...untuk...ke...sekolah...~
yang benar,
desperate mom

No comments:
Post a Comment